Home Tuition atau Pusat Tuisyen?
Home tuition atau Pusat Tuisyen

Home Tuition atau Pusat Tuisyen?

Tuisyen boleh di anggap salah satu perkara yang wajib bagi setiap pelajar terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar.

Disebabkan piawaiaan soalan peperiksaan dan sukatan pelajaran yang semakin mencabar, ramai ibu bapa dan pelajar merasakan tuisyen adalah perlu untuk membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Tidak dinafikan bahawa tuisyen sememangnya dapat membantu pelajar dalam pelajaran. Tetapi persoalannya jenis tuisyen yang manakah lebih baik untuk pelajar, Tuisyen di Rumah (Home Tuition) atau belajar di Pusat Tuisyen?

 

Setiap individu adalah berbeza

Setiap pelajar adalah unik dan berbeza dari segi prestasi, tingkah laku dan kebolehan memahami apa yang di ajar di sekolah.  Ada pelajar yang pandai. Tidak baca buku dan buat ulangkaji di rumah pun masih boleh jawab semua soalan exam sambil tersenyum.

Hakikatnya jenis pelajar yang seperti ini sukar untuk ditemui. Mungkin hanya ada satu dalam seratus. Pelajar seperti ini sesuai untuk belajar di Pusat Tuisyen.  Sebaliknya jika sesorang pelajar itu memerlukan perhatian khusus dalam pembelajaran, Tuisyen di Rumah atau Home Tuition adalah kaedah yang paling sesuai.

 

Tumpuan pelajar

Kebiasaanya Pusat Tuisyen memuatkan bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas. Persoalannya adakah guru boleh memberikan perhatian pada setiap pelajar di dalam kelasnya.

Setiap pelajar banyak ragamnya. Ada pelajar yang cepat faham berbanding yang lain. Ada pulak yang suka berbual dan mengganggu rakan lain di dalam kelas.  Gangguan-gangguan seperti ini secara tidak langsung membuatkan pembelajaran di kelas tuisyen kurang berkesanan.

Berbeza dengan tuisyen di rumah (Home Tuition), pelajar akan mendapat perhatian yang khusus daripada tutor yang mengajarnya. Jika pelajar tidak faham apa yang diajar mereka boleh bertanya terus soalan kepada tutor yang mengajarnya.

 

Hasil kajian berkenaan home tution

Kajian di kebanyakkan negara termasuklah di Malaysia membuktikan bahawa tuisyen di rumah dapat memberi kesan positif terhadap peningkatan akademik pelajar. 

Kajian soal selidik yang telah diberikan kepada 2833 orang responden di negeri Perak, Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan majoriti responden setuju kaedah pembelajaran secara one-to-one (Home Tuition) adalah jauh lebih berkesan berbanding kaedah pembelajaran di Pusat Tuisyen.

Silibus pembelajaran yang semakin mencabar membuatkan pelajar memerlukan kelas tuisyen bagi membantu mereka mencapai kecemerlangan akademik.  Bagi pelajar yang inginkan kaedah pembelajaran yang paling berkesan tanpa ada gangguan dari rakan sekelas, kaedah one-to-one atau home tuition adalah jawapannya.

 

 

 

Leave a Reply